Tips And Trick Fajri For World

Banner 468 x 60

Loading...

Sunnah - Sunnah Yang dianjurkan Pada Hari Jumaat

Dimulakan dgn lafaz suci Bismillahirrahmannirrahim....

Apabila  seorang muslim masuk ke dalam Masjid pada hari Jumaat dan imam sedang  berkhutbah, hendaklah ia solat dua rakaat yang ringan sebelum duduk,  sebagaimana hadis Jabir bin ‘Abdillah Radhiyallahu ‘anhu beliau berkata:  :

Sunnah - Sunnah Yang dianjurkan Pada Hari Jumaat

Sunnah - Sunnah Yang dianjurkan Pada Hari Jumaat [ Sumber ini diambil  dari Maktabah Abu Salma- Ebook Fikih & Adab ]  Hari Jumaat adalah  sebaik-baik hari dan hari yang mulia.  Digalakkan umat islam mengisi  dengan amalan kebaikan yang mendekatkan diri kepad...a  Allah s.w.t.  Tetapi malangnya sebahagian umat ini seakan meremehkan  perkara – perkara yang disunnahkan dilakukan pada hari jumaat.  Sikap  malas sebahagian umat ini banyak pula kesalahan dilakukan dan sunnah  pula diabaikan. Disini akan disertakan beberapa sunnah yang sepatutnya  dilakukan:



1.    Disunnahkan bagi imam membaca dua surat as-Sajdah dan  al-Insan secara sempurna pada solat fajar (subuh) di hari Jumaat,  sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam, dan  jangan memendekkan ketika membaca kedua surah ini sebagaimana yang  sering dilakukan oleh sebagian imam.



 2.    Disunnahkan bagi seseorang  untuk memperbanyak berselawat atas Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam,  sebagaimana hadits Aus bin Aus radhiyallahu ‘anhu, dari Nabi sallAllahu  ‘alaihi wasallam: “Sesungguhnya seutama-utama hari atas kalian adalah  hari Jumaat, di dalamnya Adam diciptakan dan didalamnya beliau  diwafatkan. Di dalamnya sangkakala ditiup dan di dalamnya  makhluk-makhluk mati bergelimpangan”. Maka perbanyaklah kalian  berselawat atasku, kerana sesungguhnya selawat kalian akan sampai  kepadaku.” [HR Ahmad dan Ashhabus Sunan, dishahihkan oleh an-Nawawi dan  dihasankan oleh al-Mundziri].



3.    Solat Jumaat itu diwajibkan atas  setiap laki-laki yang merdeka, mukallaf, muslim dan menetap. Solat  jumaat tidak wajib atas musafir yang atasnya qosor di dalam solatnya,  dan seorang budak serta wanita, namun barangsiapa diantara mereka ini  menghadiri solat Jumaat maka mereka tetap mendapatkan pahala. Kewajiban  solat jumaat menjadi batal dengan sebab adanya udzur (yang syar’i)  seperti sakit atau dalam keadaan khouf (perang berkecamuk). [Asy-Syarhul  Mumti' V/7-34]. 



4.    Mandi pada hari jumaat termasuk tuntutan  Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam sebagaimana dalam sabda  beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam: “Apabila salah seorang dari kalian  hendak mendatangi solat Jumaat, maka hendaklah mandi.” [Muttafaq  'alaihi].



5.    Berwangian, bersiwak dan berpakaian dengan pakaian yang  terbaik termasuk adab seorang muslim di hari Jumaat. Dari Abu Ayyub  beliau berkata :  Aku mendengar Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam  bersabda : “Barangsiapa mandi pada hari Jumaat, menggunakan minyak wangi  yang ia miliki dan memakai pakaiannya yang terbaik, kemudian ia keluar  dan berjalan dengan tenang (perlahan-lahan) sampai tiba di Masjid, lalu  ia ruku’ (solat) yang tampak baginya dan ia tidak mengganggu seorangpun,  lalu ia diam ketika imam keluar sampai menunaikan solat, maka baginya  kaffarah (pelebur dosa) antara jumaat satu dengan jumaat lainnya.” [HR  Ahmad dan dishahihkan oleh Ibnu Khuzaimah].  Dan Dari Abu Sa’id  al-Khudri radhiyallahu ‘anhu bahwasanya Rasulullah sallAllahu ‘alaihi  wasallam bersabda: “Haruslah mandi pada hari Jumaat bagi setiap orang  yang mimpi, lalu bersiwak dan berparfum dengan minyak wangi semampu yang  ia miliki.” [HR Muslim].



6.    Disunnahkah bergegas untuk menunaikan  solat Jumaat yang mana sunnah ini seakan-akan telah mati saat ini,  semoga Allah merahmati mereka yang masih menghidupkan sunnah ini. Dari  Abu Hurairoh Radhiyallahu ‘anhu dari Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam  beliau bersabda : “Apabila tiba hari Jumaat, para malaikat berdiri di  pintu-pintu Masjid, mereka menulis orang-orang yang datang pertama kali.  Permisalan orang yang datang pada awal Jumaat bagaikan orang yang  berkurban seekor unta, kemudian (yang datang berikutnya) bagaikan orang  yang berkurban seekor sapi, kemudian (yang datang berikutnya) bagaikan  orang yang berkurban seekor domba, kemudian (yang datang berikutnya)  bagaikan orang yang berkurban seekor ayam, kemudian (yang datang  berikutnya) bagaikan orang yang berkurban sebutir telur. Apabila imam  telah keluar dan duduk di atas mimbar, para malaikat berbondong-bondong  beranjak dari barisan mereka, lalu mereka duduk untuk mendengarkan  khutbah.” [Muttafaq 'alayhi].



7.    Disunnahkan bagi seorang muslim  untuk menyibukkan diri dengan solat, zikir dan membaca al-Quran sampai  imam keluar. Hadits Salman dan Abu Ayyub sebelumnya sebagai dalil atas  hal ini.



8.    Wajib diam ketika khutbah dan berkonsentrasi dengan apa  yang dihuraikan di dalam khutbah. Dari Abu Hurairoh Radhiyallahu ‘anhu  bahwasanya Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda : “Apabila  engkau berkata kepada temanmu : “diamlah” pada hari Jum’at sedangkan  imam tengah berkhutbah, maka telah engkau sia-siakan (Jum’atmu)”  [Muttafaq 'alayhi]. Ahmad menambahkan di dalam riwayatnya : “Barangsiapa  yang (melakukan hal yang) sia-sia maka ia tidak akan mendapatkan pada  Jum’atnya sesuatu apapun.” Di dalam riwayat Abu Dawud : “Barangsiapa  yang (melakukan perbuatan) sia-sia atau membuat-buat garis, maka ia  telah mengesampingkan (pahala).” [dishahihkan oleh Ibnu Khuzaimah]



 9.    Disunnahkan membaca surat al-Kahfi pada hari Jumaat sebagaimana  hadits Abu Sa’id al-Khudri Radhiyallahu ‘anhu beliau berkata :  Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda : “Barangsiapa membaca  surat al-Kahfi pada hari Jumaat, maka Allah terangi ia dengan cahaya  diantara dua jumaat.” [HR al-Hakim dan Baihaqi, dishahihkan oleh  al-Albani].



 10.    Tidak diperbolehkan melakukan safar pada hari  Jumaat bagi orang yang diwajibkan solat Jumaat sebelum menunaikannya  setelah masuk waktunya. [Zaadul Ma'ad I/382]. 



11.    Dibenci  (dimakruhkan) berpuasa pada hari Jumaat secara bersendirian dan solat  pada malamnya, sebagaimana hadits Abu Hurairoh Radhiyallahu ‘anhu dari  Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam, beliau bersabda : “Janganlah kalian  mengkhususkan malam Jumaat dengan solat dan jangan pula mengkhususkan  hari Jumaat dengan puasa daripada hari-hari lainnya, kecuali puasa yang  biasa kalian laksanakan.” [HR Muslim].



12.    Wajib bagi  yang berkeinginan untuk berpuasa pada hari Jumaat untuk menyertainya  dengan puasa sehari sebelum atau setelahnya, sebagaimana hadits Abu  Hurairoh Radhiyallahu ‘anhu dari Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam,  bahwasanya beliau bersabda : “Janganlah salah seorang dari kalian  berpuasa pada hari Jumaat kecuali disertai dengan puasa sehari  sebelumnya atau setelahnya.” [Muttafaq 'alaihi dan lafazh ini lafazhnya  Bukhari].



13.    Adapun sunnah pada hari Jumaat, maka telah datang  hadits (yang menerangkan) bahwasanya Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam  melakukan solat dua rokaat setelah Jumaat (Muttafaq ‘alayhi), dan datang  pula sebuah hadits bahwasanya Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam  memerintahkan bagi orang yang hendak solat setelah jumaat untuk solat  sebanyak empat raka’at. (HR Muslim). Ishaq berkata : “Apabila beliau  solat di dalam masjid pada hari Jumaat maka beliau solat empat raka’at,  dan apabila solat di rumah maka beliau solat dua roka’at.” Abu Bakr  al-Atsram berkata : “Kesemua hal ini boleh dilakukan.” [al-Hadaa`iq  karya Ibnul Jauzi II/183].



 14.    Apabila seorang muslim masuk ke  dalam Masjid pada hari Jumaat dan imam sedang berkhutbah, hendaklah ia  solat dua rakaat yang ringan sebelum duduk, sebagaimana hadits Jabir bin  ‘Abdillah Radhiyallahu ‘anhu beliau berkata : “Sulaik al-Ghothfani  datang (ke Masjid) pada hari Jum’at dan Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam  tengah berkhutbah saat itu lalu ia langsung duduk. Maka Nabi sallAllahu  ‘alaihi wasallam bersabda : “Apabila salah seorang dari kalian masuk  (ke Masjid) dan Imam tengah berkhutbah, maka solatlah dua raka’at lalu  duduklah.” [HR Muslim].



15.    Disunnahkan bagi imam untuk membaca pada  solat jumaat dua surah : yaitu al-Jum’ah dan al-Munafiqun, atau  al-A’laa dan al-Ghoosyiah, karena Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam  membacanya. [HR Muslim].      Rujukan:  1. Lihat QS az-Zumar : 68, 2.  Dengan memisahkan duduk atau menempati duduk seseorang atau melewati  pundak-pundak jamaâh yang duduk, 3. Maksudnya membuat-buat garis di  lantai masjid ketika khutbah, atau perbuatan serupa seperti bermain-main  baju, memijat-mijat tangan supaya bunyi, atau lainnya yang menunjukkan  sikap tidak konsentrasi dengan khutbah.   

0 Response to "Sunnah - Sunnah Yang dianjurkan Pada Hari Jumaat"

Konversi Kode Follow Blog Archive